‘Best in the World’ on 8TV

Pengacara yang dikenali dengan karakter ‘gila-gila’ Razif Hashim akan bersama-sama anda selama 13 episod ini akan membawa anda mengembara untuk merasai keenakan makanan-makanan di Malaysia. Razif juga banyak berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah.a


Setiap minggu anda akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan rasa. Menariknya setiap episod akan tampil dengan tema yang berbeza. Antara tema-tema yang dipaparkan dalam program ini ialah ‘Rice Spice’ yang akan memaparkan pelbagai hidangan yang mengandungi nasi dalam setiap juadah yang disediakan. Selain itu tema ‘Oodles of noodles’ juga tidak kurang menarik dengan hidangan pelbagai jenis mee yang lazat. Antara tema-tema lain ialah ‘Chili fever’, ‘Food from the roots’ dan banyak lagi. Segalanya yang lazat, enak yang pasti membuka selera anda dalam BEST IN THE WORLD!

i like!!!...muuuazzz!

0 comments: